Nama-Nama Perdana Menteri Malaysia

Sunday, October 11, 2009 ·

Tunku1st

















Tunku Abdul Rahman dikenali sebagai Bapa Kemerdekaan sebagai mengenangkan segala jasa dan pengorbanan beliau dalam mendapatkan kemerdekaan daripada penjajah. Beliau menjadi Perdana Menteri Persekutuan Tanah Melayu yang pertama dari tahun 1957 hingga 1963 dan Perdana Menteri Malaysia dari tahun 1963 hingga 1970


TunRazak2nd















Tun Abdul Razak, Perdana Menteri Malaysia yang kedua, beliau menggantikan Tunku Abdul Rahman memimpin negara dari tahun 1970 hingga 1976.
Dilahirkan di Pulau Keladi, Pahang pada 11 Mac 1922, Tun Razak merupakan anak sulung kepada Dato' Hussein bin Mohd Taib dan Hajah Teh Fatimah bt Daud. Beliau mendapat pendidikan awal di Kolej Melayu Kuala Kangsar pada tahun 1934 dan merupakan seorang pelajar yang cemerlang. Tun Abdul Razak dikenali sebagai Bapa Pembangunan Negara.

.                                                          
TunHussein3rd

















Tun Hussein Onn, merupakan Perdana Menteri Malaysia yang ke tiga, memimpin negara dari tahun 1976 hingga 1981. Beliau dilahirkan di Johor Bahru, Johor pada 12 Februari 1922 dan merupakan cahayamata kepada Dato Onn Jaafar dan Datin Halimah Hussein. Tun Hussein Onn kini dikenang sebagai Bapa Perpaduan bagi mengenangkan segala jasa dan usahanya dalam memupuk perpaduan di negara ini.


TunMahathir4th
















Tun Dr. Mahathir bin Mohamad dilantik menjadi Perdana Menteri Malaysia yang ke-empat pada 16hb Julai 1981. Dilahirkan pada 20hb Disember 1925 di Alor Setar, ibu negeri Kedah,  Tun Dr. Mahathir berkahwin dengan seorang doktor, Tun Dr. Siti Hasmah bt Mohd Ali, dan mereka dikurniakan tujuh cahaya mata iaitu Marina, Mirzan, Melinda, Mokhzani, Mukhriz, Maizura dan Mazhar. Tun Dr. Mahathir telah bersara sebagai Perdana Menteri pada 31 Oktober 2003.


T_PakLah
















Tun Abdullah bin Haji Ahmad Badawi dilantik menjadi Perdana Menteri Malaysia yang ke-lima pada 31 Oktober 2003. Tun Abdullah Ahmad Badawi dilahirkan pada 26 November 1939 di Kampung Perlis, Bayan Lepas, Pulau Pinang. Tun Abdullah telah mendirikan rumahtangga dengan Allahyarham Datin Seri Endon Dato' Mahmood pada tahun 1965. Setelah 40 tahun bersama, Datin Seri Endon telah meninggal dunia akibat penyakit kanser pada 20 Oktober 2005. Tun Abdullah kemudiannya berkahwin dengan Datin Seri Jeanne Abdullah pada 9 Jun 2007. Datin Seri Jeanne Abdullah

Untitled-2















Perdana Menteri Malaysia, Dato’ Sri Mohd. Najib dilantik sebagai Perdana Menteri Malaysia yang ke-6 pada 3 April 2009. Beliau menggantikan Tun Abdullah Ahmad Badawi yang mengambil keputusan tidak mempertahankan jawatan Presiden UMNO pada pemilihan parti.  Dato’ Sri Najib, anak sulung kepada Perdana Menteri Malaysia yang ke-2, Allahyarham Tun Abdul Razak Hussein, dilahirkan di Kuala Lipis, Pahang. Beliau menerima pendidikan rendah dan menengah di St. John’s Institution. Beliau kemudiannya menyambung pelajaran peringkat menengah di Malvern Boy’s College, Worcestershire, England. Sebaik menamatkan pendidikan peringkat menengah, Dato’ Sri Najib melanjutkan pengajian di University of Nottingham sehingga memperoleh ijazah dalam ekonomi perindustrian pada 1974. Dato’ Sri Najib berkahwin dengan Datin Sri Rosmah Mansor dan dikurniakan lima cahaya mata.

Sumber Berita Daripada :  http://www.pmo.gov.my/?menu=page&page=1926

0 comments:

Profil Penulis

My Photo
Saya seorang guru di SMK Taman Keramat. Saya mengajar subjek BM dan Geografi. Sedang mengikuti kursus Sarjana Pendidikan Muzik di UPSI. Ini adalah blog percubaan pertama saya.

Chat Patriotisme-Malaysia


ShoutMix chat widget